Thursday 1 January 2015

Apabila putus asa bukan jalan yg terbaik

Assalamualaikum buat pembaca. *sekiranya ada haha* . Somehow, apa yang kita mahukan sangat-sangat tidak menjadi kenyataan. Atau mungkin, masanya belum tiba. Mngkin kerana Allah mahu kita berdoa sungguh-sungguh. Tak cukup lagi usaha-usaha yg kita buat dan sebagainya. Aku tidak tahu mengapa, tapi hati aku ni meronta-ronta nak ke tanah haram. Allahuakhbar, cuti ni aku habiskan masa buat research macam mana aku nak melayakkan diri kesana.

Ada beberapa alternatif, dan peluang yg cerah sebenarnya lebih terbuka buat kaum Adam. Kerana, menurut kajian aku, Universiti yg agak terkenal di Madinah ialah Universiti Islam Madinah. Dan, aku punyalah semangat sampai beberapa buah blog aku jadikan panduan dan aku pergi ke link universiti tu sendiri. Ternyata, agak mesra pengunjung sbb kita boleh tukar dari bahasa Arab tu kepada English. Means, pihak universiti sendiri dah tahu yg pengunjung website dia dari serata dunia. Dekat situ jugak, Orang Indonesia lagi ramai dari orang Melayu. kalau tak silap, itu statistik 2-3 tahun lepas. Sekarang aku tak tahu lah macam mana. Aku siap baca lagi testimoni2 pelajar dan semua memberikan komen terbaik. Aku dh geram sgt , aku mesej seorg akhi yg menyediakan panduan kemasukan Universiti tu. Dia jugak seorg penuntut Universiti Madinah tu. But then, dia balas yg universiti tu hanya utk lelaki. Jadi, wahai kaum Adam. Ubatilah kekecewaan duka lara saya ni dengan menuntut ilmu di sana. Balik Malaysia, jadilah org yg berisi dalamnya. Means, ada ilmu yg bukan calang-calang. Berhujah pun guna kitab sahih bukan sekadar hangat-hangat najis ayam ciptaan warga fesbuk. kahkahkah !

Hurm, universiti kedua jadi sasaran aku, Princess Noura bint Abdulrahman university yg terletak di Riyadh, Saudi Arabia. Universiti ni memang kerlassss kata kauu ! Dgn ada ktm nye, pergh3 mmg khas untuk kaum Hawa sahajaa. Argh ! Gembiranya rasa hati bila dpt tahu ada university utk perempuan je~ Even dekat malaysia mana ada universiti utk pompuan je.... kan kan kan ? Then aku search kat fesbuk pasal Komuniti pelajar malaysia di Riyadh.. Malaang nye kalau nak pergi, kena ada mahram yang akan jaga kita. Weh, celah mana aku nak cari mahram ? Abg aku? Memang taklah kan dorg nak teman aku ke sana. Hurm.. Air mata membasahi pipiku yg tidaklah licin mana.*ceh, propa je !* So, punahlah weh harapan aku bila baca kena ada mahram..

Next, Universiti Ummul Qura' di mekah. Universiti ni 1.5 km je tau dari Masjidil Haram. Memang antara tiga-tiga ni, UUQ mmg menjadi pilihan aku nombor satu ! But then, the same thing happened... Hurm, universiti ni juga memerlukan mahram utk jaga perempuan. Allahuakhbar, perkara ni sebenarnya membuat aku terfikir. Betapa Islam menjaga wanita dan betapa wanita selamat jika benar-benar berpegang pada Al-Quran dan Assunnah. Tiba-tiba aku rindu Nabi Muhammad *peace be upon him* dan jga Allahyarham ayahandaku... Abah, anakmu ini sedang berjuang demi meraih ilmu . Allahu.. Keluhan berat dilepaskan. Ada sesuatu yg korg mesti tak faham. kenapalah aku ni nak sgt ke tanah Haram?? Sebab dia, hnaya Allah yg tahu. Mekah merupakan tmpt nostalgia aku dan abah. Tak apalah wahai diri, andai kata engkau tak dpt ke sana, di dunia.. Insyaallah Allah Maha Mengetahu apa yang engkau rasai dan takwa & sabar,

 insyaallah jalan pasti ada. :)

sincerely,
tinta amirah