Wednesday 26 November 2014

60

Assalamualaikum semua. 

Harini aku nak cerita sikit tentang kehidupan aku. Alahai, kenapa macam sendu sangat tajuk? kahkahkah. Biarlah. asalkan saya bahagia. ye dak? :) Okay. Semalam aku bagitahu serba sedikit tentang diri aku. First of all, aku nak cakap yang aku tak faham dengan dunia sekarang. Kalau kau fikir-fikir, orang yang agak alim. contoh : pakai tudung labuh bidang 60, pakai rida', berjubah purdah bagai mesti dipandang pelik. Yeah. Tak nak cakap orang, aku pun kadang-kadang pandang semacam dekat golongan-golongan gini. Especially perempuan berpurdah pakai serba hitam. Bukan aku menyampah or tak suka. TAPI AKU BANGGA. Bangga dengan tahap mujahadah diorang yang menjadi permata di celahan-celahan kaca. Haha. 

Orang lain yang mujahadah, aku pulak yang happy. APE KES ? entahlah. aku suka sangat-sangat dengan depa yang pakai tak ikut hawa nafsu ni. Hopefully pakai sebab Allah, bukan sebab yang lain-lain ya. hihi. Dan lagi satu, sekarang macam dah trend pulak kan bila tangkap gambar pakai purdah or niqab, pastu upload kat fb ? Bab tu, aku taknak cakap panjang sebab aku bukan tok bomoh boleh tengok niat orang. So, itu antara dia dengan Allah, kamu janganlah sibuk-sibuk okay? Baiki diri sendiri dulu. Agak-agak dah baik, polish pulak. Yang penting, jangan cari salah orang. Tapi perbaiki diri dulu ye. Aku sebenarnya berada di 2 persimpangan sekarang, aku dah pakai beberapa kali tudung bidang 60. memang labuh lah weh. Tapi masalah dia, aku ni susah sikit nak istiqamah, then aku lebih suka pakai shawl. shawl lilit-lilit insyaallah labuh kalau kau pandai gayakan dia. Cumanya aku masih lagi mencari kekuatan untuk pakai tudung labuh. SEE? aku nak mujahadah pakai tudung labuh pun susah. Apetah lagi akak2 niqabis and purdahis kite. kehkehkeh. 

Korang yang baca entri aku ni, especially akak-akak yang pakai purdah semata-mata kerana Allah, atau yang dah istiqamah pakai tudung bidang 60. Sila-silalah tinggalkan komen membina untuk adikmu ini. Kuikuikui . :*

p/s : bidang 60 ke purdah ke tak penting, yang penting patuh syariat ! LABUH, TAK JARANG AND TUTUP APA YANG PATUT <3

Tuesday 25 November 2014

Salam Pengenalan.

Assalamualaikum ! ini merupakan entri pertama aku di bawah blog Tinta Amirah. Tak tahu lah kenapa rasa happy sangat ada blog baru. blog yang lama dah lupa password & taktahu macam mana nak sign in. So, just lupakan yang lama. sebab yang baru didepan mata. kan kan? disebabkan tangan ni rasa gatal semacam nak ada blog balik and kembali menaip, jadi aku gigihkan jugak dimalam yang syahdu ni untuk buat google account and terus create a blog ! yip yip hooraayyy ~ sebenarnya tak payah nak salam pengenalan sangat sebab aku rasa tak ada yang membaca blog aku pun. Just kepuasan diri rasanya. tapi tak apa, asalkan aku happy. itu sudah memadai. baik, mulakan dengan nama blog aku. Tinta tu maksud dia dakwat. jadi boleh sangatlah kaitkan setiap entri aku dengan dakwat. seolah-olah aku menulis gitu. Amirah ? sebab nama saya amirah hehe :) amirah maksud die puteri / pemimpin. alhamdulillah for such a beautiful name and thank you mama and abah. Apa lagi ya? okay, umur aku 18 tahun. Sekarang tengah study dekat uitm. Aku sendiri pun sebenarnya tak berapa nak pasti adakah aku betul-betul nak jadi seorang peguam atau yang berkaitan dengannya. cuma aku sure satu je, Allah dah beri yang terbaik. so, aku pun kena buat yang terbaik ! Teheee :B seterusnya, blog kali ni agak serius sikit. tak macam dulu . blog aku dulu banyak benda merepek je. Insyaallah aku akan cuba buat yang best untuk bagi manfaat pada pembaca aku ye. serasanya, itu sahaja untuk permulaan. Kalau aku ada idea, insyaallah aku akan tulis. haha. 


Tinta Amirah.