Friday 24 July 2015

Pengalaman Umrah.

Bismillahirrahmanirrahim, In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

Ok. Rata-ratanya yg membaca entri aku ni mesti orang yang akan pergi umrah or nak rasa balik kenangan sewaktu menunaikan umrah dan sebagainya, rite? Bila menaip tentang umrah ni aku jadi sentimental. Only Allah knows betapaaaaa aku syg sgt2 kat due tmpt tu. Madinah and Mekah. Semga Allah jemput kite semua . amiin ya rabb. 

Persiapan sebelum pergi 

 1- Ilmu. Take note ye . Kalau boleh, baca buku bnyk2 tntg kota madinah and mekah. baca pasal mengerjakan umrah , hukum2 , rukun2 smua. Insyaallah, ilmu sgt2lah penting plus, kalau makin banyak kite baca.. makin kita dpt hayati setiap apa yg kite buat.. ye dok?

2- Pakaian tu biasalah. Utk perempuan, saya sarankan tak payah bawak kain telekung. telekung tu bwklah cuma kain tu klau agak2 pakai stokin tebal and cukup syarat tutup aurat dgn sempurna,, takyah pakai kain pun xpe.klau nk bwk satu boleh la. lepas tu, ade ustaz pernah ckp.. sekarang mcm2 colour org gi umrah. seeloknya pakailah putih. kalau mcm nak ziarah madinah mekah and pakaian utk pergi masjid ulang alik tu ikut kesesuaian la. cuma time menunaikan ibadat umrah seeloknya putih,, tambah Ustaz Aji. ehheh

3- Hutang. langsaikan hutang kite pd org lain dan bermaaf-maafanla. kan pergi umrah kan bermaksud Allah jemput kita.. 

yg lain2 tu tanya ustaz ye, hihi

sewaktu di Madinah

1- Masjid Nabawi. okey, alhamdulillah sgt2 kan Allah bwk kita sampai masjid tmpt makam nabi. Bwh kubah hijau tu lah makam nabi. Sollu ala nabi.. Semoga kita semua mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.. amiin ya rabb. Ustaz pesan, dkt madinah jgn jalan lagak sgt .. jalan slow2.. sbb kan nabi ade.. hihi :))

2- raudhah. Baik,, disebabkn sye perempuan.. jadi,, perempuan bila dh smpai sne mmg nak sgt masuk raudhah sbb raudah bukak ikut masa.. xsmua waktu pompuan boleh masuk ye. 
waktu dia :
1) selepas fajr. dlm pkul 8-9 gitu. 
2) selepas zohor
3) selepas isyak. 
masa nak masuk tu insyaallah pekerja dia akan guide. ikut negara kita. so dont worry. just doa bnyk2 and berserah tawakkal pd Allah

Mekah

1- Masjidil haram. subhanallah,, hanya Allah shj yg tahu how was the feeling when u get to look at kaabah. Insyaallah.. smoga Allah beri kite smua rezeki utk solat dihadapan kaabah. amiin ya rabb

2- Tawaf sunat. tawaf sunat ade.. sa'i sunat tak ade ye.. :)

sebenarnya aku bercerita skit2 aje.. insyaallah info2 penting yg ustaz bagitahu aku ade kongsi sikit2 dkt atas.. untuk semua yg sgt2 berimpian utk pergi.. doa bnyk2.. Allah Maha Pemurah. Semoga Allah beri kita peluang dan jemput kita ke sana.. maaf utk semua salah & silap. Semoga Allah redha ^^

Tinta Amirah

    

Sunday 26 April 2015

KUASA REDHA PART 2

Assalamualaikum. Seperti yg dijanjikan, aku akan sambung kuasa redha part 1 haritu. Okay, kalini aku akan try untuk update blog macam mula2 aku dulu. huhu.. rindu blog lama.. tapi takpelah, aku yang pilih untuk ada blog baru.. hihi :) 

jika kita diuji Allah, bukanlah bermaksud kita tak boleh sedih langsung. Cuma , sedih tu jangan sampai kita lupa terus siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan kita ni. Adakah kita sendirian berhad? Dah tentulah tidak. Allah SWT jawapannya. macam aku, masa mula2 dulu sehari tu memang naaaangis sgt2.. sebab diceritakan zaman Rasulullah dahulu, kita boleh nangis cuma tak elok dipanjang-panjangkan kesedihan itu. Cukup sehari then aku buck up. Allah knows everything, plus world is temporary. Kita semua akan pergi menghadap Allah, right? So chill chill. Allah ada okay . 

Daripada pengalaman aku sendiri, banyak sgt hikmah kalau kita redha dgn apa yang Allah bagi. meh aku kongsi antara ibrah yang aku dapat :

1) Allah sayang kita
-  kalau dulu aku jahil takyah cerita lah. skrg pun jahil lagi cuma ade benda yg      Allah dah sedarkan aku. Tutup buku lama, yg penting aku dapat rasa betapa      Allah syg pd aku bila Allah bagi peluang untuk aku tebus kesalahan lalu              sebelum Dia ambil abah.

2) Kematian kita mesti menghidupkan jiwa org yg kita sayang.
-  yang ini aku tak boleh ulas panjang-panjang karang meleleh pulak air mata ni ha. Hahaha.. which means that, even kita kembali pada pencipta kita, org yg kita tinggalkan boleh dpt pengajaran yg berharga dri kematian kita. 

3) Tak ada siapa yg boleh syg kita lebih dari Allah syg kita. 

Okaylah . Aku rasa setakat tu je dulu . Insyaallah nanti aku update. Alah, benda ni utk share kat org lain yg bernasib baik baca blog aku ni. Ingatlah, even ape pun jadi.. Allah sayang kat hang ! okay bye

Tinta Amirah

Thursday 16 April 2015

KUASA REDHA part 1

Assalamualaikum pembaca. Sambil mendengar lagu ost pilot cafe yang mendayu-dayu ni, tetiba datang pulak fefeeling gitu. disebabkan itu, aku terasa macam nak update blog yang serba baru ni. boleh kira post aku ade berapa, ni keenam. Setiap manusia pasti, menerima ujian yang dia sendiri tak sangka bahawa dia kuat untuk menghadapinya. Tapi, bagi aku.. kunci utamanya adalah redha. ape maksud redha yang sebenar-benarnya ? 

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t  - maksud redha yang aku petik dari www.al-azim.com. Betul tu, redha means kita terima dengan senang hati, apa jua yang Allah beri. Cuba bayangkan, kita ni cuma hamba sahaja. Tapi, terlalu banyak sangat tak terkira apa yang Allah beri. Cuma, apalah maksud kehidupan tanpa ujian ? Bahkan, kalau kita nak uji seseorang tu benar-benar sayangkan kita, mesti kita uji dia, kan? Contoh, seorang suami uji isteri dia dengan menyakat nak kahwin satu lagi. Dan, isteri pun mestilah melenting macam hape sbb cemburu. haa. cenggitu lah *omg ! seram sgt contoh ni* 

Aku ada teringat ustaz ni ke siapa ade cerita. bayangkan, ade org baling batu yg kecil2 mcm kerikil tu dekat kita. Mesti kita buat tak tahu je sambil assume mungkin ade orang menukang pastu pasir terkena kita. Tapiiii. cuba tetiba ada batu besar terus hempap kita. Tak ke kita terus terkesima gitu lalu sakit pedih semua dan masa tu lah kita baru ingat apa yang kita dah lakukan. Mungkin, ada kesalahan kita dimana-mana. hurm , sebenarnya macam tu jugaklah konsep ujian. Mula-mula Allah datangkan ujian sikit-sikit. Contoh, baju kena cilok ke ape. Kita still buat dek even memula sedih. tapi, cuba tiba-tiba ada ahli keluarga kita meninggal. masa tulah, sakit dia hanya Allah yang tahu dan kita rasa masa tu lah, turning point kita. Selama ni banyak lagho, bila Allah uji... Baru kita muhasabah diri sebetul-betulnya. manusia,, perjalanan kita di dunia ni sekejap sangat. Always remember ye kawan-kawan. 

MANUSIA DICIPTA UNTUK AKHIRAT dan DUNIA DICIPTA UNTUK MANUSIA. yang terpenting adalah, gol kita is Jannah :)

oh ! banyak sangat sebenarnya aku tak mampu nak cerita dalam blog. terlalu peribadi. cuma, I nak kongsi dua gambar dengan uols. *syok sendiri seyh*

madinah al munawwarah 

mekah al mukarramah

If only people ask me, where is the most peaceful places i have went.. the answer is my jantung hati madinah and makkah :) 

Lets jump to conclusion, seems like I have something else to do.. Okay, sebenarnya tak cerita lagi pasal kuasa redha. Baru cerita makna dia. haha. tak apelah.. insyaallah I will do part 2 of kuasa redha. stay tuned. Allah yuftah alaina.. :)

assalamualaikum ^^

Tinta Amirah

Tuesday 14 April 2015

pejuang !

deras ombak membawa aku ke sini
mencintai dia yang belum disisi
biarkan mereka merasa
indahnya dunia ilusi ciptaan mereka sendiri

sedangkan yang di atas murka
mereka tidak tahu.

ayuh tadah tangan
doa untuk mereka
hidayah terindah.


Thursday 1 January 2015

Apabila putus asa bukan jalan yg terbaik

Assalamualaikum buat pembaca. *sekiranya ada haha* . Somehow, apa yang kita mahukan sangat-sangat tidak menjadi kenyataan. Atau mungkin, masanya belum tiba. Mngkin kerana Allah mahu kita berdoa sungguh-sungguh. Tak cukup lagi usaha-usaha yg kita buat dan sebagainya. Aku tidak tahu mengapa, tapi hati aku ni meronta-ronta nak ke tanah haram. Allahuakhbar, cuti ni aku habiskan masa buat research macam mana aku nak melayakkan diri kesana.

Ada beberapa alternatif, dan peluang yg cerah sebenarnya lebih terbuka buat kaum Adam. Kerana, menurut kajian aku, Universiti yg agak terkenal di Madinah ialah Universiti Islam Madinah. Dan, aku punyalah semangat sampai beberapa buah blog aku jadikan panduan dan aku pergi ke link universiti tu sendiri. Ternyata, agak mesra pengunjung sbb kita boleh tukar dari bahasa Arab tu kepada English. Means, pihak universiti sendiri dah tahu yg pengunjung website dia dari serata dunia. Dekat situ jugak, Orang Indonesia lagi ramai dari orang Melayu. kalau tak silap, itu statistik 2-3 tahun lepas. Sekarang aku tak tahu lah macam mana. Aku siap baca lagi testimoni2 pelajar dan semua memberikan komen terbaik. Aku dh geram sgt , aku mesej seorg akhi yg menyediakan panduan kemasukan Universiti tu. Dia jugak seorg penuntut Universiti Madinah tu. But then, dia balas yg universiti tu hanya utk lelaki. Jadi, wahai kaum Adam. Ubatilah kekecewaan duka lara saya ni dengan menuntut ilmu di sana. Balik Malaysia, jadilah org yg berisi dalamnya. Means, ada ilmu yg bukan calang-calang. Berhujah pun guna kitab sahih bukan sekadar hangat-hangat najis ayam ciptaan warga fesbuk. kahkahkah !

Hurm, universiti kedua jadi sasaran aku, Princess Noura bint Abdulrahman university yg terletak di Riyadh, Saudi Arabia. Universiti ni memang kerlassss kata kauu ! Dgn ada ktm nye, pergh3 mmg khas untuk kaum Hawa sahajaa. Argh ! Gembiranya rasa hati bila dpt tahu ada university utk perempuan je~ Even dekat malaysia mana ada universiti utk pompuan je.... kan kan kan ? Then aku search kat fesbuk pasal Komuniti pelajar malaysia di Riyadh.. Malaang nye kalau nak pergi, kena ada mahram yang akan jaga kita. Weh, celah mana aku nak cari mahram ? Abg aku? Memang taklah kan dorg nak teman aku ke sana. Hurm.. Air mata membasahi pipiku yg tidaklah licin mana.*ceh, propa je !* So, punahlah weh harapan aku bila baca kena ada mahram..

Next, Universiti Ummul Qura' di mekah. Universiti ni 1.5 km je tau dari Masjidil Haram. Memang antara tiga-tiga ni, UUQ mmg menjadi pilihan aku nombor satu ! But then, the same thing happened... Hurm, universiti ni juga memerlukan mahram utk jaga perempuan. Allahuakhbar, perkara ni sebenarnya membuat aku terfikir. Betapa Islam menjaga wanita dan betapa wanita selamat jika benar-benar berpegang pada Al-Quran dan Assunnah. Tiba-tiba aku rindu Nabi Muhammad *peace be upon him* dan jga Allahyarham ayahandaku... Abah, anakmu ini sedang berjuang demi meraih ilmu . Allahu.. Keluhan berat dilepaskan. Ada sesuatu yg korg mesti tak faham. kenapalah aku ni nak sgt ke tanah Haram?? Sebab dia, hnaya Allah yg tahu. Mekah merupakan tmpt nostalgia aku dan abah. Tak apalah wahai diri, andai kata engkau tak dpt ke sana, di dunia.. Insyaallah Allah Maha Mengetahu apa yang engkau rasai dan takwa & sabar,

 insyaallah jalan pasti ada. :)

sincerely,
tinta amirah