Wednesday 15 June 2016

Is this the hardest ?


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Apa khabar dengan Ramadhan anda semua. Semoga dengan kehadiran Ramadhan, kita mampu untuk terus memperbaiki diri dari sehari ke sehari. *ceh, macam ceramah pulak* hahaaa..

okay, sebenarnya hari ni nak cerita sikit tentang ISTIQAMAH. apa itu istiqamah? hehe, kita tak berapa rajin nak google, jadi in my point of view, istiqamah ni mcm kita kacau gula dlm air teh. kacau punya kacau lama-lama gula tu larut. means that, kita berterusan, dan berterusan dalam melakukan sesuatu, hasil dari usaha tersebut... dapatlah kita rasa natijah atau kemanisan dari Allah. begitu jugalah, dengan diri kita ni. contohnya, kita istiqamah tutup aurat tang rambut. mula-mula pakai inner neck je, cukup-cukup je tutup apa yang patut, esoknya, pakai tudung indon, labuh lah sikit, esok lagi tudung bawal keli siakap, esok lagi bidang 45, esok lagi bidang 50 sampailah kita pakai tudung labuh. haaa.. mcm tulah istiqamah, which is istiqamah dlm menutup aurat dan sentiasa memperbaikinya :)

tiba-tiba bukak fb, ada org share pasal KAKI JUGA AURAT ! "omg, this is hardest, man..... ", teriak kita dalam hati. saya sejujurnya, sedang dalam usaha pakai stokin. cuba untuk istiqamah, mencuba dan terus mencuba. Hanya Allah sahaja yang tahu, bahwa kadangkala saya juga tewas, untuk melindungi kaki saya dari terdedah. Tapi itulah, moga Allah bagi kekuatan kepada kita semua untuk tutup aurat dengan sempurna :)

Oh ya, tidak lupa juga pada lengan ya. lengan anda yang putih melepak itu juga aurat. dan jujur, saya juga sedang berusaha untuk ini. Jom usaha sama-sama dengan saya :D

Baiklah, tiba-tiba saya terfikir sesuatu................... Buat mereka yang baru nak belajar tutup aurat, saya ada surat cinta untuk anda <3

Jangan jangan jangan dengar kata-kata sinis manusia lain, Teruskan langkahmu menuju redha Allah. Ingatlah kakak-kakak adik-adik yang mungkin baca post saya ini, ramai dan amat ramai org yang mendoakan anda, meskipun anda tidak tahu. meskipun anda rasa anda disekelilingi dengan org yang tidak support anda. tapi sebenarnya jauh di sudut dunia, ada insan yang mendoakan anda.. mendoakan semua saudara-saudara Muslim kita diberi hidayah oleh Allah untuk mengikut syariatNya yang sebenar-benarnya. Jadi, jangan pernah berputus asa ya :) Tutup telinga, fikir Allah sahaja, lalu capai tudung dan pakai, Kemudian keluarlah dari rumah dengan rasa sentiasa dalam pandangan Allah. Insyaallah, anda dan kita semua mampu lakukan.

Hakikatnya, dunia sudah tenat, saudari. Kita dah tak banyak masa dah untuk pandang benda2 lain, dah tak ada masa untuk dengar kata-kata manusia lain yang hanya buat kita jauh dari Allah. Kita dah tak ada masa untuk semua itu. :) Ummat sudah tenat, kata sahabat kesayangan saya .

Orang ramai kata, aku tak ada kekuatan untuk buat itu , ini. Sebenarnya kekuatan itu kita sendiri yang perlu cari. Kita doa, doa sgt2 Allah bagi kekuatan tp dalam masa yang sama kita juga perlu berusaha ke arah itu. Ingat, Allah menurut sangkaan hambaNya dan Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahNya. Ini bermaksud, kita juga perlu untuk berusaha. Jangan give up. Kalau terjatuh bangun balik. Dalam saya menulis blog ini, saya mohon agar Allah beri kita semua kekuatan untuk buat amal kebaikan, kerana hakikat dunia ini under control of Allah. Allah Maha Penyayang. Saya berlindung pd Allah dari apa-apa perasaan malas, give up dan sebagainya. Semoga Allah pandang kita, kerana hakikat manusia, kita semua mendambakan kekuatan dan rahmat dari Allah ^^ saya doakan anda semua, sekiranya sedang mencari kekuatan dan sedang berusaha ke arah menjadi muslimah yang lebih baik, moga saja Allah permudahkan hijrah anda.

Salam sayang,
Tinta Amirah.






Sunday 5 June 2016

ketika jatuh cinta

Assalamualaikum.


Ketika jatuh cinta, jangan bajet tahu semuanya tentang apa yang kita cintai.



Segera hubungi Allah. 

Kerana Dia maha mengetahui, sedangkan kita tidak tahu.
Serahkan, serahkan segalanya pada Dia, minta petunjuk , minta petunjuk. ^^


Salam Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Hidupkan hati, berikan ia khabar gembira, bahawa Ramadhan bakal menjelma. Selamat berterawih :)



Moga bermanfaat video ini, duhai hati-hati yang sedang jatuh cinta. 




Tinta Amirah