Sunday 26 April 2015

KUASA REDHA PART 2

Assalamualaikum. Seperti yg dijanjikan, aku akan sambung kuasa redha part 1 haritu. Okay, kalini aku akan try untuk update blog macam mula2 aku dulu. huhu.. rindu blog lama.. tapi takpelah, aku yang pilih untuk ada blog baru.. hihi :) 

jika kita diuji Allah, bukanlah bermaksud kita tak boleh sedih langsung. Cuma , sedih tu jangan sampai kita lupa terus siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan kita ni. Adakah kita sendirian berhad? Dah tentulah tidak. Allah SWT jawapannya. macam aku, masa mula2 dulu sehari tu memang naaaangis sgt2.. sebab diceritakan zaman Rasulullah dahulu, kita boleh nangis cuma tak elok dipanjang-panjangkan kesedihan itu. Cukup sehari then aku buck up. Allah knows everything, plus world is temporary. Kita semua akan pergi menghadap Allah, right? So chill chill. Allah ada okay . 

Daripada pengalaman aku sendiri, banyak sgt hikmah kalau kita redha dgn apa yang Allah bagi. meh aku kongsi antara ibrah yang aku dapat :

1) Allah sayang kita
-  kalau dulu aku jahil takyah cerita lah. skrg pun jahil lagi cuma ade benda yg      Allah dah sedarkan aku. Tutup buku lama, yg penting aku dapat rasa betapa      Allah syg pd aku bila Allah bagi peluang untuk aku tebus kesalahan lalu              sebelum Dia ambil abah.

2) Kematian kita mesti menghidupkan jiwa org yg kita sayang.
-  yang ini aku tak boleh ulas panjang-panjang karang meleleh pulak air mata ni ha. Hahaha.. which means that, even kita kembali pada pencipta kita, org yg kita tinggalkan boleh dpt pengajaran yg berharga dri kematian kita. 

3) Tak ada siapa yg boleh syg kita lebih dari Allah syg kita. 

Okaylah . Aku rasa setakat tu je dulu . Insyaallah nanti aku update. Alah, benda ni utk share kat org lain yg bernasib baik baca blog aku ni. Ingatlah, even ape pun jadi.. Allah sayang kat hang ! okay bye

Tinta Amirah

Thursday 16 April 2015

KUASA REDHA part 1

Assalamualaikum pembaca. Sambil mendengar lagu ost pilot cafe yang mendayu-dayu ni, tetiba datang pulak fefeeling gitu. disebabkan itu, aku terasa macam nak update blog yang serba baru ni. boleh kira post aku ade berapa, ni keenam. Setiap manusia pasti, menerima ujian yang dia sendiri tak sangka bahawa dia kuat untuk menghadapinya. Tapi, bagi aku.. kunci utamanya adalah redha. ape maksud redha yang sebenar-benarnya ? 

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t  - maksud redha yang aku petik dari www.al-azim.com. Betul tu, redha means kita terima dengan senang hati, apa jua yang Allah beri. Cuba bayangkan, kita ni cuma hamba sahaja. Tapi, terlalu banyak sangat tak terkira apa yang Allah beri. Cuma, apalah maksud kehidupan tanpa ujian ? Bahkan, kalau kita nak uji seseorang tu benar-benar sayangkan kita, mesti kita uji dia, kan? Contoh, seorang suami uji isteri dia dengan menyakat nak kahwin satu lagi. Dan, isteri pun mestilah melenting macam hape sbb cemburu. haa. cenggitu lah *omg ! seram sgt contoh ni* 

Aku ada teringat ustaz ni ke siapa ade cerita. bayangkan, ade org baling batu yg kecil2 mcm kerikil tu dekat kita. Mesti kita buat tak tahu je sambil assume mungkin ade orang menukang pastu pasir terkena kita. Tapiiii. cuba tetiba ada batu besar terus hempap kita. Tak ke kita terus terkesima gitu lalu sakit pedih semua dan masa tu lah kita baru ingat apa yang kita dah lakukan. Mungkin, ada kesalahan kita dimana-mana. hurm , sebenarnya macam tu jugaklah konsep ujian. Mula-mula Allah datangkan ujian sikit-sikit. Contoh, baju kena cilok ke ape. Kita still buat dek even memula sedih. tapi, cuba tiba-tiba ada ahli keluarga kita meninggal. masa tulah, sakit dia hanya Allah yang tahu dan kita rasa masa tu lah, turning point kita. Selama ni banyak lagho, bila Allah uji... Baru kita muhasabah diri sebetul-betulnya. manusia,, perjalanan kita di dunia ni sekejap sangat. Always remember ye kawan-kawan. 

MANUSIA DICIPTA UNTUK AKHIRAT dan DUNIA DICIPTA UNTUK MANUSIA. yang terpenting adalah, gol kita is Jannah :)

oh ! banyak sangat sebenarnya aku tak mampu nak cerita dalam blog. terlalu peribadi. cuma, I nak kongsi dua gambar dengan uols. *syok sendiri seyh*

madinah al munawwarah 

mekah al mukarramah

If only people ask me, where is the most peaceful places i have went.. the answer is my jantung hati madinah and makkah :) 

Lets jump to conclusion, seems like I have something else to do.. Okay, sebenarnya tak cerita lagi pasal kuasa redha. Baru cerita makna dia. haha. tak apelah.. insyaallah I will do part 2 of kuasa redha. stay tuned. Allah yuftah alaina.. :)

assalamualaikum ^^

Tinta Amirah

Tuesday 14 April 2015

pejuang !

deras ombak membawa aku ke sini
mencintai dia yang belum disisi
biarkan mereka merasa
indahnya dunia ilusi ciptaan mereka sendiri

sedangkan yang di atas murka
mereka tidak tahu.

ayuh tadah tangan
doa untuk mereka
hidayah terindah.