Wednesday 26 November 2014

60

Assalamualaikum semua. 

Harini aku nak cerita sikit tentang kehidupan aku. Alahai, kenapa macam sendu sangat tajuk? kahkahkah. Biarlah. asalkan saya bahagia. ye dak? :) Okay. Semalam aku bagitahu serba sedikit tentang diri aku. First of all, aku nak cakap yang aku tak faham dengan dunia sekarang. Kalau kau fikir-fikir, orang yang agak alim. contoh : pakai tudung labuh bidang 60, pakai rida', berjubah purdah bagai mesti dipandang pelik. Yeah. Tak nak cakap orang, aku pun kadang-kadang pandang semacam dekat golongan-golongan gini. Especially perempuan berpurdah pakai serba hitam. Bukan aku menyampah or tak suka. TAPI AKU BANGGA. Bangga dengan tahap mujahadah diorang yang menjadi permata di celahan-celahan kaca. Haha. 

Orang lain yang mujahadah, aku pulak yang happy. APE KES ? entahlah. aku suka sangat-sangat dengan depa yang pakai tak ikut hawa nafsu ni. Hopefully pakai sebab Allah, bukan sebab yang lain-lain ya. hihi. Dan lagi satu, sekarang macam dah trend pulak kan bila tangkap gambar pakai purdah or niqab, pastu upload kat fb ? Bab tu, aku taknak cakap panjang sebab aku bukan tok bomoh boleh tengok niat orang. So, itu antara dia dengan Allah, kamu janganlah sibuk-sibuk okay? Baiki diri sendiri dulu. Agak-agak dah baik, polish pulak. Yang penting, jangan cari salah orang. Tapi perbaiki diri dulu ye. Aku sebenarnya berada di 2 persimpangan sekarang, aku dah pakai beberapa kali tudung bidang 60. memang labuh lah weh. Tapi masalah dia, aku ni susah sikit nak istiqamah, then aku lebih suka pakai shawl. shawl lilit-lilit insyaallah labuh kalau kau pandai gayakan dia. Cumanya aku masih lagi mencari kekuatan untuk pakai tudung labuh. SEE? aku nak mujahadah pakai tudung labuh pun susah. Apetah lagi akak2 niqabis and purdahis kite. kehkehkeh. 

Korang yang baca entri aku ni, especially akak-akak yang pakai purdah semata-mata kerana Allah, atau yang dah istiqamah pakai tudung bidang 60. Sila-silalah tinggalkan komen membina untuk adikmu ini. Kuikuikui . :*

p/s : bidang 60 ke purdah ke tak penting, yang penting patuh syariat ! LABUH, TAK JARANG AND TUTUP APA YANG PATUT <3

No comments:

Post a Comment