Monday 23 January 2017

Nak cerita apa ya ?

Assalamualaikum.

Didoakan semua sihat-sihat belaka, sentiasa dibawah lembayung rahmatNya. Baiklah, dah lama sangat aku tak update blog, sebab apa? sebab malas haha. Taklah, sebenarnya sebab tak ada cerita menarik. Tapi malam ni rasa macam payah pulak mata ni nak tidur jadi kita pun buka laptop dan enjoy gituw. Lewlz.

Disebabkan dah lama sangat tak update, jadi nak cerita sikit-sikit je. Pertama, pasal sem 3 yang macam........... karam di lautan tapi alhamdulillah tiba2 timbul balik. Ceritanya bermula bila aku baru sedar yang 4 minggu lagi nak final exam. Allahu.. masa tu aku macam menyesal sangat. "Apa yang aku dah belajar sepanjang sem 3 ni ya Allah ?" detik hati kecilku. haha poyonya.

Tapi lepas tu teruslah aku tenangkan diri dan buatlah apa yang terdaya. Every gap akan ku balik ke rumah sebab iolz stress belajar kat kolej. Tempat study ku haruslah tenang dari sebarang anasir yang boleh mendatangkan kegelabahan. So, rumah lah jawapannya. Thats why saya balik dengan riangnya.

Okay kemudian, nak cerita tentang hajatku yang tidak kesampaian untuk menjadi cikgu bagi kanak-kanak R*******. Sedihlah juga, sebab ada orang nasihatkan aku untuk tidak menyertai mereka demi keselamatanku. Tapi tak apalah, setiap perkara ada hikmahNya right ? :)

So, sekarang aku tengah tanam anggur je dekat rumah ni. Nak kata belajar memasak macam poyo sangat pulak. So, aku gunakan istilah belajar campak-campak lalu jadilah makanan yang boleh dimakan. lol.

Hurmm. Lagi apa ya ? Ouh tentang tuuuut. Eden malaslah nak fikir. Kalau sampai masa, sampailah. Tak lari gunung dikejar, tp kalau ktm mungkin lari sebab diorang ni tak on time. Plus, kalau kata lagi setengah jam next train tu, ko jangan percaya sangat. biasalah, janji Ma*a*. haha. mesti yang baca blog aku ni tak faham kan apa aku cakap? ya, memang sengaja bagi tak faham.

Ouh lagi satu, sem depan aku sem 4 Insya Allah. Doakan semoga semua subjek sem 3 ni aku lulus dengan cemerlang T_____T I dont want to repeat any subject,,,, huhu.

Lagi satu, haritu aku ada baca buku Allahyarham Buya Hamka bertajuk 'Di bawah lindungan Kaabah'. Cerita tu adalah short story so within a night aku dah habis baca. Sebab best sangat ayat yang digunakan plus ceritanya tentang Zainab dan Hamid, which is cinta dua darjat but that is a true story. So lepas baca cerita tu, aku tutup buku and nangis. hahahahaha. omg I cant believe Im that emotional when it comes to Hamka's books. Hamid sebagai watak utama meninggal di Mekah dan ya Allah sedihnya cerita dia.... sampai sekarang pun aku still terkesan lagi sebab itu adalah kisah benar. So , bacalah ya cerita2 Hamka. Even cerita berkisah tentang cinta, tp its different. dia bukan cerita typical malay macam suamiku sotong kurita, isteriku raksasa dan sebagainya ya. ITS DIFFERENT !

Okay. Thats all,
wassalam.
Salam sayang,
Amirah <3

Wednesday 15 June 2016

Is this the hardest ?


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Apa khabar dengan Ramadhan anda semua. Semoga dengan kehadiran Ramadhan, kita mampu untuk terus memperbaiki diri dari sehari ke sehari. *ceh, macam ceramah pulak* hahaaa..

okay, sebenarnya hari ni nak cerita sikit tentang ISTIQAMAH. apa itu istiqamah? hehe, kita tak berapa rajin nak google, jadi in my point of view, istiqamah ni mcm kita kacau gula dlm air teh. kacau punya kacau lama-lama gula tu larut. means that, kita berterusan, dan berterusan dalam melakukan sesuatu, hasil dari usaha tersebut... dapatlah kita rasa natijah atau kemanisan dari Allah. begitu jugalah, dengan diri kita ni. contohnya, kita istiqamah tutup aurat tang rambut. mula-mula pakai inner neck je, cukup-cukup je tutup apa yang patut, esoknya, pakai tudung indon, labuh lah sikit, esok lagi tudung bawal keli siakap, esok lagi bidang 45, esok lagi bidang 50 sampailah kita pakai tudung labuh. haaa.. mcm tulah istiqamah, which is istiqamah dlm menutup aurat dan sentiasa memperbaikinya :)

tiba-tiba bukak fb, ada org share pasal KAKI JUGA AURAT ! "omg, this is hardest, man..... ", teriak kita dalam hati. saya sejujurnya, sedang dalam usaha pakai stokin. cuba untuk istiqamah, mencuba dan terus mencuba. Hanya Allah sahaja yang tahu, bahwa kadangkala saya juga tewas, untuk melindungi kaki saya dari terdedah. Tapi itulah, moga Allah bagi kekuatan kepada kita semua untuk tutup aurat dengan sempurna :)

Oh ya, tidak lupa juga pada lengan ya. lengan anda yang putih melepak itu juga aurat. dan jujur, saya juga sedang berusaha untuk ini. Jom usaha sama-sama dengan saya :D

Baiklah, tiba-tiba saya terfikir sesuatu................... Buat mereka yang baru nak belajar tutup aurat, saya ada surat cinta untuk anda <3

Jangan jangan jangan dengar kata-kata sinis manusia lain, Teruskan langkahmu menuju redha Allah. Ingatlah kakak-kakak adik-adik yang mungkin baca post saya ini, ramai dan amat ramai org yang mendoakan anda, meskipun anda tidak tahu. meskipun anda rasa anda disekelilingi dengan org yang tidak support anda. tapi sebenarnya jauh di sudut dunia, ada insan yang mendoakan anda.. mendoakan semua saudara-saudara Muslim kita diberi hidayah oleh Allah untuk mengikut syariatNya yang sebenar-benarnya. Jadi, jangan pernah berputus asa ya :) Tutup telinga, fikir Allah sahaja, lalu capai tudung dan pakai, Kemudian keluarlah dari rumah dengan rasa sentiasa dalam pandangan Allah. Insyaallah, anda dan kita semua mampu lakukan.

Hakikatnya, dunia sudah tenat, saudari. Kita dah tak banyak masa dah untuk pandang benda2 lain, dah tak ada masa untuk dengar kata-kata manusia lain yang hanya buat kita jauh dari Allah. Kita dah tak ada masa untuk semua itu. :) Ummat sudah tenat, kata sahabat kesayangan saya .

Orang ramai kata, aku tak ada kekuatan untuk buat itu , ini. Sebenarnya kekuatan itu kita sendiri yang perlu cari. Kita doa, doa sgt2 Allah bagi kekuatan tp dalam masa yang sama kita juga perlu berusaha ke arah itu. Ingat, Allah menurut sangkaan hambaNya dan Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahNya. Ini bermaksud, kita juga perlu untuk berusaha. Jangan give up. Kalau terjatuh bangun balik. Dalam saya menulis blog ini, saya mohon agar Allah beri kita semua kekuatan untuk buat amal kebaikan, kerana hakikat dunia ini under control of Allah. Allah Maha Penyayang. Saya berlindung pd Allah dari apa-apa perasaan malas, give up dan sebagainya. Semoga Allah pandang kita, kerana hakikat manusia, kita semua mendambakan kekuatan dan rahmat dari Allah ^^ saya doakan anda semua, sekiranya sedang mencari kekuatan dan sedang berusaha ke arah menjadi muslimah yang lebih baik, moga saja Allah permudahkan hijrah anda.

Salam sayang,
Tinta Amirah.






Sunday 5 June 2016

ketika jatuh cinta

Assalamualaikum.


Ketika jatuh cinta, jangan bajet tahu semuanya tentang apa yang kita cintai.



Segera hubungi Allah. 

Kerana Dia maha mengetahui, sedangkan kita tidak tahu.
Serahkan, serahkan segalanya pada Dia, minta petunjuk , minta petunjuk. ^^


Salam Ramadhan semua. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Hidupkan hati, berikan ia khabar gembira, bahawa Ramadhan bakal menjelma. Selamat berterawih :)



Moga bermanfaat video ini, duhai hati-hati yang sedang jatuh cinta. 




Tinta Amirah

Friday 24 July 2015

Pengalaman Umrah.

Bismillahirrahmanirrahim, In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

Ok. Rata-ratanya yg membaca entri aku ni mesti orang yang akan pergi umrah or nak rasa balik kenangan sewaktu menunaikan umrah dan sebagainya, rite? Bila menaip tentang umrah ni aku jadi sentimental. Only Allah knows betapaaaaa aku syg sgt2 kat due tmpt tu. Madinah and Mekah. Semga Allah jemput kite semua . amiin ya rabb. 

Persiapan sebelum pergi 

 1- Ilmu. Take note ye . Kalau boleh, baca buku bnyk2 tntg kota madinah and mekah. baca pasal mengerjakan umrah , hukum2 , rukun2 smua. Insyaallah, ilmu sgt2lah penting plus, kalau makin banyak kite baca.. makin kita dpt hayati setiap apa yg kite buat.. ye dok?

2- Pakaian tu biasalah. Utk perempuan, saya sarankan tak payah bawak kain telekung. telekung tu bwklah cuma kain tu klau agak2 pakai stokin tebal and cukup syarat tutup aurat dgn sempurna,, takyah pakai kain pun xpe.klau nk bwk satu boleh la. lepas tu, ade ustaz pernah ckp.. sekarang mcm2 colour org gi umrah. seeloknya pakailah putih. kalau mcm nak ziarah madinah mekah and pakaian utk pergi masjid ulang alik tu ikut kesesuaian la. cuma time menunaikan ibadat umrah seeloknya putih,, tambah Ustaz Aji. ehheh

3- Hutang. langsaikan hutang kite pd org lain dan bermaaf-maafanla. kan pergi umrah kan bermaksud Allah jemput kita.. 

yg lain2 tu tanya ustaz ye, hihi

sewaktu di Madinah

1- Masjid Nabawi. okey, alhamdulillah sgt2 kan Allah bwk kita sampai masjid tmpt makam nabi. Bwh kubah hijau tu lah makam nabi. Sollu ala nabi.. Semoga kita semua mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.. amiin ya rabb. Ustaz pesan, dkt madinah jgn jalan lagak sgt .. jalan slow2.. sbb kan nabi ade.. hihi :))

2- raudhah. Baik,, disebabkn sye perempuan.. jadi,, perempuan bila dh smpai sne mmg nak sgt masuk raudhah sbb raudah bukak ikut masa.. xsmua waktu pompuan boleh masuk ye. 
waktu dia :
1) selepas fajr. dlm pkul 8-9 gitu. 
2) selepas zohor
3) selepas isyak. 
masa nak masuk tu insyaallah pekerja dia akan guide. ikut negara kita. so dont worry. just doa bnyk2 and berserah tawakkal pd Allah

Mekah

1- Masjidil haram. subhanallah,, hanya Allah shj yg tahu how was the feeling when u get to look at kaabah. Insyaallah.. smoga Allah beri kite smua rezeki utk solat dihadapan kaabah. amiin ya rabb

2- Tawaf sunat. tawaf sunat ade.. sa'i sunat tak ade ye.. :)

sebenarnya aku bercerita skit2 aje.. insyaallah info2 penting yg ustaz bagitahu aku ade kongsi sikit2 dkt atas.. untuk semua yg sgt2 berimpian utk pergi.. doa bnyk2.. Allah Maha Pemurah. Semoga Allah beri kita peluang dan jemput kita ke sana.. maaf utk semua salah & silap. Semoga Allah redha ^^

Tinta Amirah

    

Sunday 26 April 2015

KUASA REDHA PART 2

Assalamualaikum. Seperti yg dijanjikan, aku akan sambung kuasa redha part 1 haritu. Okay, kalini aku akan try untuk update blog macam mula2 aku dulu. huhu.. rindu blog lama.. tapi takpelah, aku yang pilih untuk ada blog baru.. hihi :) 

jika kita diuji Allah, bukanlah bermaksud kita tak boleh sedih langsung. Cuma , sedih tu jangan sampai kita lupa terus siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan kita ni. Adakah kita sendirian berhad? Dah tentulah tidak. Allah SWT jawapannya. macam aku, masa mula2 dulu sehari tu memang naaaangis sgt2.. sebab diceritakan zaman Rasulullah dahulu, kita boleh nangis cuma tak elok dipanjang-panjangkan kesedihan itu. Cukup sehari then aku buck up. Allah knows everything, plus world is temporary. Kita semua akan pergi menghadap Allah, right? So chill chill. Allah ada okay . 

Daripada pengalaman aku sendiri, banyak sgt hikmah kalau kita redha dgn apa yang Allah bagi. meh aku kongsi antara ibrah yang aku dapat :

1) Allah sayang kita
-  kalau dulu aku jahil takyah cerita lah. skrg pun jahil lagi cuma ade benda yg      Allah dah sedarkan aku. Tutup buku lama, yg penting aku dapat rasa betapa      Allah syg pd aku bila Allah bagi peluang untuk aku tebus kesalahan lalu              sebelum Dia ambil abah.

2) Kematian kita mesti menghidupkan jiwa org yg kita sayang.
-  yang ini aku tak boleh ulas panjang-panjang karang meleleh pulak air mata ni ha. Hahaha.. which means that, even kita kembali pada pencipta kita, org yg kita tinggalkan boleh dpt pengajaran yg berharga dri kematian kita. 

3) Tak ada siapa yg boleh syg kita lebih dari Allah syg kita. 

Okaylah . Aku rasa setakat tu je dulu . Insyaallah nanti aku update. Alah, benda ni utk share kat org lain yg bernasib baik baca blog aku ni. Ingatlah, even ape pun jadi.. Allah sayang kat hang ! okay bye

Tinta Amirah

Thursday 16 April 2015

KUASA REDHA part 1

Assalamualaikum pembaca. Sambil mendengar lagu ost pilot cafe yang mendayu-dayu ni, tetiba datang pulak fefeeling gitu. disebabkan itu, aku terasa macam nak update blog yang serba baru ni. boleh kira post aku ade berapa, ni keenam. Setiap manusia pasti, menerima ujian yang dia sendiri tak sangka bahawa dia kuat untuk menghadapinya. Tapi, bagi aku.. kunci utamanya adalah redha. ape maksud redha yang sebenar-benarnya ? 

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t  - maksud redha yang aku petik dari www.al-azim.com. Betul tu, redha means kita terima dengan senang hati, apa jua yang Allah beri. Cuba bayangkan, kita ni cuma hamba sahaja. Tapi, terlalu banyak sangat tak terkira apa yang Allah beri. Cuma, apalah maksud kehidupan tanpa ujian ? Bahkan, kalau kita nak uji seseorang tu benar-benar sayangkan kita, mesti kita uji dia, kan? Contoh, seorang suami uji isteri dia dengan menyakat nak kahwin satu lagi. Dan, isteri pun mestilah melenting macam hape sbb cemburu. haa. cenggitu lah *omg ! seram sgt contoh ni* 

Aku ada teringat ustaz ni ke siapa ade cerita. bayangkan, ade org baling batu yg kecil2 mcm kerikil tu dekat kita. Mesti kita buat tak tahu je sambil assume mungkin ade orang menukang pastu pasir terkena kita. Tapiiii. cuba tetiba ada batu besar terus hempap kita. Tak ke kita terus terkesima gitu lalu sakit pedih semua dan masa tu lah kita baru ingat apa yang kita dah lakukan. Mungkin, ada kesalahan kita dimana-mana. hurm , sebenarnya macam tu jugaklah konsep ujian. Mula-mula Allah datangkan ujian sikit-sikit. Contoh, baju kena cilok ke ape. Kita still buat dek even memula sedih. tapi, cuba tiba-tiba ada ahli keluarga kita meninggal. masa tulah, sakit dia hanya Allah yang tahu dan kita rasa masa tu lah, turning point kita. Selama ni banyak lagho, bila Allah uji... Baru kita muhasabah diri sebetul-betulnya. manusia,, perjalanan kita di dunia ni sekejap sangat. Always remember ye kawan-kawan. 

MANUSIA DICIPTA UNTUK AKHIRAT dan DUNIA DICIPTA UNTUK MANUSIA. yang terpenting adalah, gol kita is Jannah :)

oh ! banyak sangat sebenarnya aku tak mampu nak cerita dalam blog. terlalu peribadi. cuma, I nak kongsi dua gambar dengan uols. *syok sendiri seyh*

madinah al munawwarah 

mekah al mukarramah

If only people ask me, where is the most peaceful places i have went.. the answer is my jantung hati madinah and makkah :) 

Lets jump to conclusion, seems like I have something else to do.. Okay, sebenarnya tak cerita lagi pasal kuasa redha. Baru cerita makna dia. haha. tak apelah.. insyaallah I will do part 2 of kuasa redha. stay tuned. Allah yuftah alaina.. :)

assalamualaikum ^^

Tinta Amirah

Tuesday 14 April 2015

pejuang !

deras ombak membawa aku ke sini
mencintai dia yang belum disisi
biarkan mereka merasa
indahnya dunia ilusi ciptaan mereka sendiri

sedangkan yang di atas murka
mereka tidak tahu.

ayuh tadah tangan
doa untuk mereka
hidayah terindah.